Saturday, June 6, 2009
Langkawi Revisited March 2009
Salam..Entry macam dah lapuk tapi aku tetap nak tulis jugak walaupun sikit sebb taknak miss event2 yang aku lalui sepanjang perjalanan hidup ku ini..yelahh, manalah tahukan beberapa tahun akan datang..kalau pendek umur, dapatlah anak-anak aku membaca apa yg ibu mereka lakukan.alamak..sentimental la pulakk..bangun pagi-pagi ni rasa macam byk idea pulak nak menulis..
So, March 2009..setelah di approach oleh student2 part 6..aku decided to join them to Langkawi..tapi kali ni group yg pegi tak besar sangat..cuma satu bas, lecturer pengiring cuma aku dan ASO..cam honeymoon la pulak aku ngan ASO tu..segalanya telah di schedule oleh ASO ..aku cuma bawak badan dan duit hehehe...kali ni ok sgt2 sebb dah xder aktiviti cam kat gunung senyum tu lagi..kalau tak sure aku mabuk lagii..
Banyak tempat jugak aku skip buat macam naik cable car dan island hopping...sbb terasa baru sgt buat benda2 tu dgn group yg lepas...cuma satu benda je yg aku fail to skip..hehehe..shopping, biasa le tuu...kebetulan pulak masa kat sana aku ditemani oleh my niece, Lela..so, Lela lah yang teman aku tidur (cuma satu malam) dan jadi peneman setia ketika membeli belah di Pekan Kuah ketika ahli2 yg lain sibuk melakukan island hopping...
Kali ni duk chalet yg comei..so, aku decided duk sorang sebb comei sgt takut berlaga bahu la pulak..ASO pun camtu..selepas segalanya selesai..singgah ke padang besar untuk abiskan sisa-sisa duit yg ada..itupun kalau ada lagi lahh...
Dapatlah aku beli sekor Patrick bawak balik untuk anak-anakku yg setia menanti ku..rindu pulak mama kat mereka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment