Friday, October 31, 2008

T'ganu - Day 2

Aktiviti bermula...roadshow Halal products and seminar di 2 tempat berasingan tapi masih bersebelahan..acara bebas suka hati aku nak duk jaga part mana..so, aku pun kejap duk kat booth, jap lagi merayau kat dalam dewan seminar..dan instead of snap gambar guna camera office, aku guna camera aku jugakk..memang awal2 aku dah stanby..dr Kl lagi..hehehe..



Mula-mula mesti gambar sendiri..Amy kata..akak, control perut...tahan nafas jap..

Pas tu dengan Amy...



Pastu pulak dengan pakwe-pakwe yg ikut sekali..dikiri kananku adalah ustaz-ustaz yg nampak macam alim..tapi semua rock babe!! hehhe..kiri Ustaz Raja and kanan, Ustaz Khalis..



Seterusnya bersama tak semua delegasi...ada yg dah merayau kemana-mana entah..



Time nak bergambar je aku kena control perut..tu mcm nampak slim skitt..

Pastu sempat berjalan ke pasar payang..saja jalan-jalan tengok dulu...first round just for survey je..



Suruh brader yg jual kain tu tolong snap gambar..nasib sporting...

Wednesday, October 29, 2008

Outstation ke T'ganu - Day 1

21-25 Oct 2008..aku kena bertugas di luar KL..first time take part in Halal Roadshow..company aku as one of organizer cum one of agency for this industry..its good exposure for me yg sangat-sangat baru..kami cuma 8 orang, 6 lelaki dan 2 perempuan..aku dan Amy..nasib aku ada Amy,dan Amy ada aku...hehhe..21 Oct malam kami bertolak dari Bandar Utama..naik bas, Rakyat Travel disebabkan barang yg terlalu byk lahh kami terpaksa naik bas..kenapa pilih Rakyat Travel?ohh..sebab Chairman HDC dan Chairman Bank Rakyat adalah org yg sama..so, we chatered it for 4 days ke Terengganu.Just imagine..8 orang naik satu bas ekspress..boleh berlari kat dalamnya..

Sampai di T'ganu jam 5 pagi..kami check in awal..tak tahan mengantuk giler..sakit2 badan naik bas..tapi tidur sampai kul 8.30 je kata chief de mission.Pastu kena bangun utk bertolak ke TCC..but kami melencong jap sebelum ke TCC...pi breakfast nasi dagang, laksam dan kuih muih org T'ganu..terkejut jugak,makan byk tu..harganya ciput..kalau kat KL, mintak maaf nak dpt harga macam ni utk 8 org makan..jalan-jalan sekejap melawat masjid kristal..tengok dari dlm bas je..so, snap gambar pun dr dalam bas..dptlah gambar yg senget-senget..nak ke masjid terapung dah tak sempat kami pun ke Losong untuk cari keropok lekor utk di makan pada hari itu..sambil berjalan sambil mengunyah keropok lekor..cantikkan perangai..

Gambar dari dalam bas..sebab senget menget..



dan replika masjid-masjid yg lain di sekelilingnya..


Wednesday, October 15, 2008

Raya di office

14 oct 2008 ada function raya di officeku..saja..untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim..sedapp,ada byk makanan..memang tak mengecewakan.Rendang emmm..ada rendang kerang,laksa johor,biskut raya..dan..byk lagi..lemang,nasi himpit..etc.kami dah diingatkan awal-awal supaya memakai baju raya..tapi tak pakai pun baju raya tahun ni aritu..aku pakai baju raya haji tahun lepas..baju raya jugakkan?hehee..



Tengah menikmati juadah bersama rakan-rakan...official photographer ni suka snap gambar candid..more natural katanya..









Marvelous...memang makanan ni membuatkan badanku yang memang bulat bertambah bulat..bisingla hubby kalau dia nampak aku makan banyak..pasni diet!!Pasni tu bile yerkk..aku nak puasa...!!

Aiman's birthday

Salam...15 Oct 2008...N3 ni sepatutnya dah lama ..Mama yang macam biasa terlewat..maafkan Mama, Aiman...birthday party pun tak sempat buat...cuma kita sediakan party pack untuk kawan-kawan Aiman di sekolah..Aiman semakin membesar di depan mata Mama..10 tahun sayang..harijadi yg kesepuluh Aiman wish to get football jersey..kami sengaja buat tak tahu..and pretend nothing happen on that day.. kononnya lupa birthday dia....Adik@Nana lagi sporting siap berbisik-bisik dgn Mama dalam bilik...Aiman membesar dengan sihat dan aktif..setiap petang dia takkan duduk dirumah...kalau tak dengan badminton dia akan bermain bola sepak dengan kawan-kawannya..tapi dia mesti akan pulang ke rumah jam 7..waktu yg telah di tetapkan oleh bos.

Sebagai abang, Aiman kadang-kadang suka mengarah adiknya... dan jugakkk paling suka menyakat ..kdg2 sampai berlari keliling ruang rumah yg kecik tu..kadang-kadang jugakk dia menjadi orang yang paling bertanggungjawab menjaga adiknya bila Mama dan Papa tiada...lepas balik main bola petang...jam 7.30malam Aiman akan mandi dan solat...dan dia jugak dah boleh jadi imam kepada adiknya...kadang-kadang memang liat jugak...tapi Papa ada pendekatan tersendiri untuk membentuk anak-anaknya...Mama, Papa adan Adik sayang sangat Aiman...

Monday, October 13, 2008

Raya di KL

Setelah seminggu beraya di kampung..kami balik ke KL cepat skitt..penat dgn karenah anak-anak yg nakal di kampung dan baju-baju kotor sebagai bekalan balik ke KL hehehe..ambik kesempatan untuk beraya di rumak kawan-kawan yang pernah bekrja di tempat sama..Fredie..sampai jugak aku ke rumah Fredie..nak masuk 4 dah anak Fredie la ni isteri dia sarat mengandung..aku jugak yg belum bertambah...



Fredie tetap macam dulu dengan perangai gila-gila dia..alim tapi rock..hehhe jangan marah aku Fredie..pas ke rumah dia kami gerak pulak ke Meru ke rumah ibu angkat Aiman..dari umur 6 bulan dia jaga Aiman,sayang sangat kat Aiman sampai la ni..selalu ajak Aiman tidur dengan dia..leka berborak kat rumah ibu angkat Aiman..tak sempat nak snap gambar..

Raya 2008

Baru lerr sempat nak menaip tentang cerita raya kalini..itupun masa bos ku sedang meeting..kadang2 baru nak menaip, dia dah panggil untuk meeting..so, tergendala segala kerja mengupdate..raya kalini memang kami amalkan konsep bersederhana dalam segala aspek..raya 2008..memang terasa kelainan setelah pemergian bonda tercinta dan bila terkenang ayahanda tersayang..sedih memang jelas..but hidup mesti diteruskan untuk orang-orang yang masih memerlukanku.Kalini aku beraya di rumah kakakku..di Kemayan.



Pagi-pagi macam biasa melaram pakai baju raya...tunggu suamiku yang bersembahyang hari raya di kampung halamannya untuk sesi photography keluarga.10 minit lepas abis sembahyang..suami tercinta datang ke rumah abang ipar..berkumpul di situ untuk sesi photography, sesi bersalaman dan menziarah kubur orang-orang tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan kami..pilu jugakk..tapi aku tetap kuat dan tabah menghadapi segalanya..hadiah yassin untuk mereka-mereka yang tersayang.

Lepas ke kubur..ambil kesempatan beraya bersama-sama adik beradik yang lain..and lepas tu pulak macam biasa berkunjung ke rumah keluarga hubby.Kerumah bapa mertua dan arwah nenek..kat situ semua adik beradik ibu mertua berkumpul..



Gambar kenangan dirumah Tuk..Izzaty pantang offer mesti nak ikut kami balik ke rumah Tuk..

Memang anak-anak gemar bila balik ke rumah Tuk diaorang..macam-macam aktiviti bebas diaorang lakukan..Aiman pulak sampai berlubang baju Melayu dia sebb asyik main mercun dan bunga api..mengamuk aku dibuatnya..bila dah berkumpul macam ni..cakap Mama pun diaorang tak nak dengar...lepas tu mesti susah nak ajak berjalan atau balik..suka sangat suasana kampung..tengok Aiman dan cousin, Aqim..kusyuk main mercun.





Bukan budak-budak kecik je yang kemaruk main mercun..abang-abang pun sama..tengoklah Along..Abg Am dan Abg Mer..si kembar kakak aku..sama je..melayan main mercun di malam raya.

Thursday, October 9, 2008

Buka puasa lagi...

Sorry la As, orang lain dah bercerita pasal raya..tapi aku, aku masih dalam cerita buka puasa ku..sebab akau rasa tahun ni..agak jauh jugak jalan-jalan cari makan untuk berbuka puasa.Plan awal untuk berbuka puasa di Kuantan pada 27 Sept 2008 tertunda pada 29 Sept,bila ada technical problem skitt...pada awalnya semasa mesyuarat family..kami buntu sama ada nak pergi atau tidak allmaklumlah dah dekat-dekat nak raya..yang sebenarnya kami lebih kepada menjaga hati..kakakku..dialah yang beria-ria mengajak kami...so, aku dan hubby ikutkan jugaklah..sian pulak kat dia..bertolak selepas zohor ke Kuantan..harini kami berbuka puasa di Kuantan, di kediaman Menteri Besar Pahang.Shopping skit-skit di Kuantan Parade..dan kami terus bertolak ke kediaman MB.



Posing di perkarangan kediaman MB...sebelum ke Kuantan..Adik@Nana sempat pergi iron rambut..macam biasa Mak Teh dialah yang rajin melayan dia bab-bab macam ni..ramai jugaklah yang datang on that day..termasuk orang-orang kampungku...yelah undangan berbuka puasa ni pun sebenarnya untuk mereka berada di kawasan parlimen MB Pahang.





Lepas berbuka puasa, ada solat maghrib dan terawikh berjemaah..ok..settle..the best part untuk budak-budak bila mereka kena panggil beratur..macam Izzaty dan Adik@Nana buat ni...diaorang dapat duit raya..hehe..bestla diaorang..tanpa disangka-sangka jugak.. bukan setakat budak-budak je dapat duit raya..mak dan bapak budak pun dapat jugakk..hehehe..nilah first time kami berbuka puasa di Kuantan dan dapat duit raya...tahun depan..tungguuuu...

Wednesday, October 8, 2008

Cerita berbuka puasa..

17 Sept 2008 bertempat di ShangriLa, KL. Officeku buat acara berbuka puasa bersama anak-anak yatim..so, kami staff kat sini ambik kesempatan nak meriahkan lagi majlis tu dgn meng glamerkan diri la kononnya..nak melaram skitt..aku baru je 2 minggu kat sini..tapi rasenya dah bnyk jugak aktiviti yang aku involve.Almaklumlah..kalau dah namanya relate dgn gov tu..alamatnya pasni lagi byklah aktiviti aku ...masa malam tu pun aku di minta untuk tolong pass kan cheq. pada chairman. Aku pun dgn sportingnya terimalah tugasku..sementara anak-anak dan hubby berbuka puasa di Bukit Jalil..sian diaorang..apakan daya aku bertugas masa public holiday..takpelah bukan selalu..



Posingla kononnya ..sebenarnya ni baju raya ku yang aku tempah khas kalau-kalau dapat jemputan untuk open house,disebabkan nak glamer..aku terus pegi ambik kat tailor ..hehe



Pose bersama Marina..dia yang bertanggungjawab memperkenalkan aku ke company baru ni..aku kenal Marina dari form 1 semasa kami sama-sama di MGS,Kuantan..thanks,fren. Dah anak 3 dah dia..



Kebetulan Mek ni and her hubby antara VIP guest on that day..so, bila dah nak balik and..mase tu suma orang dah nak keluar..aku saje je nak bergambar dgn dia..disebabkan gambar ni jugaklahh aku kena kutuk gila-gila dengan suamiku sendiri..perit dan tebal telingaku menahan segala kutukan itu..hehehe..saje je nak tengok dia dari dekat..



Last but not least...disebabkan office kami ni belum berapa ramai lagi staffnya..so, lens banyak tertumpu pada kami yang suka melaram..pose bersama kawan-kawan office..from left Sha, Sue,Aku, Moli dan Amy...aku dan Sue je bini orang..dan aku sorang je mak orang..yang lain suma single..hehehe..

The best part..sebelum balik seronok tengok-tengok budak kecik dapat gift dan duit raya..kami tumpang gembira..bersalam-salaman sambil melambai tangan..so sweet..

Aina Arissa's birthday

16 September 2008..harini jugakk..genap umur anak gadisku yang satu ini berusia..8tahun..terasa singkat masa berlalu,sayang..8tahun yang lalu Aina dilahirkan di Pusat Perubatan Annur, Seksyen 6, Shah Alam..jadi terpahatlah dalam sijil kelahirannya bahawa dia merupakan anak jati Selangor..dilahirkan seberat 3.5kg..bertemankan Papa yang sedia memberi sokongan untuk Mama ketika dalam kesakitan..7.30 malam.... anak kecil ini selamat dikeluarkan dari perut Mama..Mama dalam keadaan yang terlalu letih kerana berjuang untukmu...alhamdulillah semua dalam keadaan baik cuma Mama yang agak kepenatan..hari silih berganti bulan dan tahun berlalu...gadis ini membesar dalam keluarga kecil yang mempunyai ibu,ayah dan seorang abang yang nakal, Aiman.

Fizikalnya lebih kepada Papanya..genetik Papa..anak pompuan kann..kurus tinggi..mase kecik berkulit cerah..hinggakan pernah satu hari nyonya tua cakap cina dengan dia..nak tergelak aku dibuatnya..pernah jugak org bertanya dengan aku..bapak dia cina ke??...aku senyum je..taklahhh..dia ada keturunan cina..sebelah bapa..yg paling ketara bila melihat pada matanya..matanya yang sepet...