Monday, June 30, 2008

Gelisah

Start dr minggu lepas..on Thursday,hati aku mula diamuk gelisah..hajat hati nak menulis di blog,tapi tak boleh aku luahkan..ntah kenapa,tak tentu arah dibuatnya..nak tulis ni tak sesuai,nak tulis tu tak boleh..dah beberapa panggilan aku jawab,tapi belum ada end result lagi..

Kalau nak diikutkan aku dah biasa dgn benda ni,ntah kenapa kali ni pulak aku berdebar lain macam..malah ada kawan yang kata,aku pakar buat benda ni..tak kisahlah nak cakap apa pun asalkan aku tahu apa yang aku buat dan yang penting aku atau sesiapapun akan buat yang terbaik untuk diri dan family..betultak? Mungkin jugak kalini merupakan lonjakan besar dalam hidup aku..mungkin juga habuan yang bakal aku terima setelah segala pengorbanan anak-anak dan hubby buat selama ni untuk aku..syukur alhamdulillah jika semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan..

Aku masih menunggu panggilan tu..mudah-mudahan segala doa dan harapanku akan termakbul..

Wednesday, June 25, 2008

Netball

Seingat aku..dari umur 10tahun lagi aku dah main permainan ni..sampailah ke sek menengah dan masuk U.Kat Kuantan dulu sampai Pengetua turun padang bila tengok team aku lawan.Bila pindah ke Bentong, aku memang tak senang kalau tak main permainan ni..rasanya pelajaran merosot pun sebab terlalu banyak main netball ni..apa taknya tak cukup pergi MSSP, aku menyamar pulak jadi cikgu untuk wakil PSKPP, Sukan Remaja Pahang,lawan PERKAP dan byk lagii..masa tu aku couple dgn JJ..(nyaris aku nak jadi anak sedara Ueya)

Position aku?GS..memang dah jadi position aku dr dulu..nak jadi GS tak perlu tinggi,kurus atau lincah..cuma perlu sharp shooter,tembam cam aku pun xpe..hehhe,sharp shooter ke aku ni??redah jee..

tahun lepas aku dah start main utk IDG (inter dept)..punyala bangga xbos aku sebb ada wakil dr dept kami..kami kalah di IDG, aku kena panggil pulak utk training IAFG(inter firm)..atas beberapa kesilapan technical, aku tarik diri dari IAFG..
23 jun, aku turun untuk IDG tahun ni..kami turun sebagai pasukan underdogs, xde training, xde practical,cuma teori je..jahatkann..dengan semangat yg kental, azam memang untuk menang,kami berjuang berhabis-habisan, dengan penyokong yg kuat,kami dah macam tak hingatt bila menang..(team kami dah 5 tahun tak menang)..melompat macam pompuan gila..xperlahh mgkn kali ni je aku boleh main utk company sekarang..

dah dua tiga hari aku aku gi kerja sakit2 badan dan kaki..kejang sana sini..control gilerr bila berjalan kasik nampak cantik jugakk,padahal Tuhan aje yg tahu..umur pun dah 33,bila aku nak stop main permainan ni agaknya..

Tuesday, June 24, 2008

Dept. makan-makan 2nd round@Seoul Garden

We had another round of 'makan-makan dept' on 12 June 2008 at Seoul Garden, OU. We choosed to eat steamboat and grill, Korean BBQ. Atfirst, the 'dictator'..asked us to choose somewhere in May, but dgn kuasa majority kami sepakat bantah apa yg dia nak(camaner yg dia buat kat kitaorang)..mcm2 alasan kami bagi, penatlarr after shifted to new office, need some time to relax and etc. Atlast, the majorities won, kami menang lagi kali ni..kami memang sepakat nak bantah sekeras-kerasnya disebabkan selfish dia tu..

Kami pergi with two diff group..first group pergi pukul 6, while me, YC, Salina & hubby pergi pukul 7. And we hope that the first group with the'dictator' will finish early the foods so we can enjoy dinner without him. Tengok2 dia tunggu jugak kitaorang makan..hmm apa nak buat..but, we still enjoy by ignore him..jahatkan kami ni..



Enjoy with YC, on that day...

Ermm..sedapp..satisfied with the seafood, veges, desserts and drinks..we stayed till 9.30p.m to finish our food.

Kita grill and boil dulu yerrr...lepas tu baru boleh makan with or w/out sos



Ini..sebelum di grill and boil...




Apa yg kami makan on that day???

Friday, June 20, 2008

Demam dan kasut Adidas

Dah berapa hari dah aku rasa tak sihat..nak kata demam, temp. tak naik sangat..pas tu + sakit tekak + sakit kepala + sakit perut + batuk tu yang rasa teruk sangat badan aku ni..pregnant lagi?? no,lahh..sampai arini aku rasa teruk lagi badan ni..namun aku gagahkan juga pegi keje smbl sok sek sok dengan selsema..keje tak banyak sangat yang pending sebab aku dah try siapkan skit-skit..sempat gak gi rumah Zura dan Abon tadi..hehhe

Tadi lunch break, pergi tukar kasut Aiman yang aku beli semalam,ambik saiz yang besar skit..Adidas, memang aku suka kalau tengok boy pakai sports shoe..comel,balik semalam bila tunjuk kat Aiman senyum sampai ke telinga..lain pulak dengan adik dia,Aina..terus menangis cakap Mama tak beli apa-apa untuk dia..sedih lak hati aku..aku memang tak penah buat camni..selalunya semua benda yang aku beli dua helai atau dua pasang..bukan apa, aku rasa kasut Aina elok dan cantik lagi..lepas hantar kat cobler aritu..alih-alih lain lak jadinya..

Malam tadi tinggal berdua Amir,budak-budak pergi tuition..tengok forum perdana ehwal Islam pasal ibu..everything pasal ibu..kami berdua tak henti-henti menitiskan air mata..sebak aku, Amir pun camtu..dlm hati kalau ada Aina masa tu..dia pun pasti menitiskan airmata,Aina terlalu sensitif..sebijik ikut aku,kata Papa dia..
Forum ehwal Islam tu ada jugak sentuh soal sifat adil dan sama rata kepada anak-anak..tersentuh jugak aku..aku tanya Amir, Pa..nak kena beli kasut Adik pulak?

Maybe, aku kena beli benda lain untuk Aina petang ni..bukan kasut..sian dia..

Thursday, June 19, 2008

My 12th anniversary

N3 ini khas untuk suamiku, sahabatku, bapa kepada anak-anakku..MOHD MERZAN ABU KASSIM
8 June 2008, usia perkahwinan kami mencecah ke angka 12..memang terasa sekejap masa berlalu dengan karenah anak-anak yang semakin memebesar..anak-anak pengikat kasih kami berdua..menyingkap kembali nostalgia perkenalan kami, kami di pertemukan di waktu usia yang sangat muda..masih dibangku sekolahh syyy!!hehhe..

Suamiku, yang kukenal seorang kuat bekerja, rajin berusaha, payah untuk menyerah kalah, kental dalam setiap apa yang dilakukan..rajin juga membantu dalam kerja-kerja seharian di rumah..terima asih suamiku..sejarah latar belakang keluarga mu membuatkan dirimu membesar dengan cekal dan sesekali tidak mahu anak-anakmu merasai apa yang telah kau rasa di zaman kecilmu..sayang, terima kasih tidak terhingga kerana menjadi insan yang paling memahami ketika isterimu ini berjuang untuk mengejar cita-cita dan masa depan kita..terima kasih sayang!!

Semakin hari semakin sayang..hanya itu ungkapan yang mampu diistilahkan padamu wahai suamiku..bercanggahan kata-kata dan pendapat memang menjadi perkara biasa dalam sebuah kehidupan berumah tangga..namun cepat-cepat diatasi oleh sikap dan pendirianmu yang tidak gemar memperbesarkan perkara-perkara kecil..

Di sepanjang 12 tahun ini juga terima kasih suamiku kerana menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anak dan isterimu ini,di samping rezeki yang diberikan kepada kita...



Harapanku, doaku..agar ikatan perkahwinan yang kita bina sejak 12 tahun yang lalu akan terus berkekalan hingga ke ahkir hayat, di samping sepasang cahaya mata kita..hanya takdir menentukan bab seterusnya yang akan kita lalui bersama..

Wednesday, June 18, 2008

Meeting

Sakit hati aku kalau lagi lama keje kat sini..kera baru dapat bunga tu dah melampau-lampau nampaknya,semua benda nak kena update dia..silap la nak buat camtu ngan aku..peduli apa aku..anything aku akan terus direct to HOD and not him!!

Tiba-tiba dia buat meeting tergemparr petang, aku cam biasa awal-awal dah argue dia thru email..dia rasa tercabar bila aku soalkan tentang FAIR..kepala beruk btull..dah tak tahan dengan kiataorang katanya,sejak pindah new office dah bertambah malas, xde inisiatif nak learning new things..mcm2 lagi lahh..ntah kenapa masa meeting tu berlansung kitaorang dah sepakat semua..buat tak tahu apa dia cakap,cuma tunduk dan menulis..dan xresponse satu apa pun sebb waktu hari dah nak pukul 6 petang..orang bodoh je buat staff meeting after office hour!!Waktu cam ni..orang pegi shopping..

Bila kitaorang dah tak response lansung kat dia..meeting tu abis camtu je..aku dengan YC turun kat G..pastu tergelak puas-puas..puas hati kami!!Jahat betul kitaorang..biar dia rasa now apa yang dia buat kat aku masa pindah office dulu!!

Monday, June 16, 2008

Nasib

Aku tak keje harini ambik EL..badan pun rasa tak sedap nak demam agaknya..dah buat appoinment dengan Halimah tadi..kul 2.30 nanti jangan lupa datang school. Aku mencuba nasib harini...untung baik memang rezeki aku,kalau tak berapa baik memang bukan rezeki aku kalini, xpe aku kan tak jemu mencuba..

Bila dipikir-pikirkan balik..memang nilah yang hubby aku nak selama ni..dia yang beria-ria sangat suruh aku cuba..memang dari dulu dia memang senang sekali kalau terus menerus jadi warga tetap tempat ni..ntah secara tiba-tiba juga minat tu dah mengalir dalam tubuh ku..

Lama jugak aku,Halimah dan orang tu berborak..pasak byk perkara..memang tak salah mencuba katanya..aku cuma berdoa selepas tu,semoga apa yang aku citakan, impikan menjadi kenyataan..

Wednesday, June 11, 2008

Pangkor

Seronok jugak percutian aku kat Pangkor kalini..first time sampai sini,walaupun pada mulanya aku dan hubby ada jugak bertegang lidah dengan benda-benda yang aku tak suka..tapi aku pikirkan demi anak-anak, aku beralah jugakk..dan aku jugak taknak suma gambar2 yang aku snap kat sana suma muncung je..

Sebelum sampai jeti Lumut pekena ikan bakar kat kampung apa ntah..dah lupa apa nama kampung tu..fresh,sedap..sos dia pun marbeles..hmmm,not bad..



Aiman, Aina dan cazens, anak-anak Pak Long..Aqim dan Tasya

Aina, dah lupa macam mana mandi laut..dah lama sangat tak mandi laut yang dia tahu mandi kat pool (kat rumah aku) dan mandi sungai (bila balik kampung rumah Tuk)..nak tergelak aku dibuatnya bila tengok anak-anak dapat air..Aiman pulak bila dah jumpa cazen dia..dah tak ingat lansung kat kitaorang..yg diaorang tahu cuma berlari keluar dari air bila lapar sebab Mama, Papa, Wan, Atuk, Mak Long dan Pak Long tunggu betul-betul kat gigi air tu dengan makanan..lempeng kelapa..mak aii sedapnya makan tepi laut ni..



Sunset at Pangkor..baru belajar cara-cara nak ambik gambar sunset nii..

Tuesday, June 10, 2008

Lib ku..







Gambar2 kat lib baru sebelum dan masa mengemas..hilangkan stress, snap gambar sekejap..pastu sambung lagi..


Ntah..arini mood baik skit nak sambung tulis menulis kat blog..lib dah lama siap..cuma ada skit-skit je lagi...arhh biarkan malas nak layan betul-betul,cuma buat kerja2 lain yang pending masa pindah randah aritu..
nak berceloteh skit pasal office baru ni..:
1. lebih kurang 18km dari rumah aku..
2.gi keje cam biasa memang kena drive sendiri tapi kalini tak dek peluang nak speed..
3. sebb sepanjang jalan ke office ni cuma perlu que je..xde highway
4.ikut shorcut tropicana terus belok ke BU..
5.byk senang dan selesa sebb pagi2 dihiburkan dengan celoteh FBI dan Fafau..
6.petrol byk save..tp lebih kurang sama jugak bila tiba2 je hrga petrol melambung..
7.lepas drop Aiman, singgah utk tapau breakfast kat tepi sek. sbb pagi2 susah nak cari breakfast kat BU ni..
8. masih antara pekerja terawak dtg kerja w/pun kdg2 rasa keluar lewat dahh
9.yg paling best lib sekarang jauh dan lansung tak nampak dr bos #$%^& gila pangkat cam kera baru dpt bunga tu..hehhe
10.betul2 sebelah OU..I REALLY LOVE THIS PLACE!!




















Monday, June 9, 2008

Penat

Berapa lama ntah, aku pun dah lupa..tapi nak dekat 2 bulan aku berhempas pulas menyiapkan lib baru ni..pindah dari Dmnsara ke Bandar Utama..memang byk kelebihan utk aku..
1. tak payah lalu highway every morning..
2. tak payah hulur duit tol bila touch n go dah kosong..
3. tak perlu tergesa pagi-pagi sblm keluar, kdg2 anak2 jadi mangsa bila lambat..takut jemm masuk area Dmnsr tu..
4. tak payah jadi tukang larikan kereta bila traffic/DBKL datang nak keluarkan kertas saman..

tapi..mcm2 aku kena lalui dulu seblm tu..
1. penatt..berhempas pulas kemaskan lib dgn beratus-ratus kotak..
2. smp mengamuk kat manager,paksa dia turun dr level 9 ke level 6..tolong aku(apa taknye dia sorang je jantan dlm dept. kami..) nak mampus aku dgn Salina nak gerakkan kotak2 tu..
3.dahlah aku baru je keguguran aritu..gynae aku dah advice jgn buat kerja lebih2..tp haprak kat office memang buat aku sakit hati..lansung tak nak menolong..yg menolong cuma kawan2 baik aku je..
4. everyday aku balik keje mcm nak pecah lutut ni..nak berjalan ke parking..disebbkan penat mengemas lib.
5. kdg2 penah kul 8 dah terlentok kat sofa..

aku dah lalui dah semua tu..menyiksakan!!