Monday, July 7, 2008

Abang

Ahad lepas,aku berjumpa Abang..lama dah sebenarnya kami tak berjumpa..almaklumlah jarak yang memisahkan kami..ada ceria di wajah Abang..walaupun keadaan fizikalnya agak susut berbanding semasa aku berjumpanya beberapa bulan yang lalu..dalam hati,ada belas melihat abangku..

Abangku seorang yang bertanggungjawab, anak yang baik pada Mak dan Abah,punya keluarga yang lengkap dan sempurna, punya wang ringgit..tapi mungkin takdir,mungkin juga tersilap langkah..Abang menerima padah..namun kasihku pada Abang tak pernah luntur,tak secalit pun kesalahan ku letakkan di dadanya..bagiku Abang di aniaya orang,dulu-dulu aku tak pernah percaya pada benda-benda karut macam ni..tapi bila terkena pada Abangku sendiri, aku akur..

masa sekolah kat Kuantan dulu, kdg2 aku balik ke rumah Abang,selain dari balik kerumah Mak. Sebelum balik semula ke asrama macam biasa Abang akan hulurkan duit belanja sekolah, terima kasih Abang..Abang memang tak pernah mengecewakan adik-adik yang lain..termasuk Mak, Mak begitu senang dengan sikap Abang.Bagiku Abang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dengan baik. Mak pernah becerita Abang pernah membantu Mak menjual kuih-muih yang Mak buat. Bukan sebab kami susah tapi sebab Mak, Abah memang suka berniaga dari dulu..

Lepas rindu ni bila melihat Abang hari tu..aku akan datang lagi berjumpa Abang nanti..aku harap Abang sabar menungguku.Aku sempat berpesan, jaga kesihatan yerr..Abangku tersenyum,bercampur-baur perasaan ku masa tu..hanya Tuhan yang tahu.

Wassalam.

Wednesday, July 2, 2008

Tak sabar nak jumpa abang

Weekend ni dah ada agenda tersendiri untuk aku dan kakakku...nak pegi jumpa abang yang sulung ..lama jugak tak pegi jumpa dia rindu rasanya..baru sekejap dapat panggilan dari dia,berita gembira..hmm,aku boleh gembira skitt dengan berita ni..tanpa aku sedar aku menitiskan air mata..arghh take a break..

atas kesilapan dan mungkin jugak penganiyaan orang,abangku menerima padahnya..namun kami lalui dengan tenang semuanya..sehingga detik ni..memang kami mengharapkan berita paling gembira,namun ia perlu pengorbanan..terlalu besar pengorbanan yang harus di lalui..apakan daya..takdir penentu segalanya..walaupun bukan berita paling gembira,berita yang ku terima harini dah cukup untuk aku dan kakakku menarik nafas lega..

aku bercakap dengan abang tadi..insyaallah kita jumpa Ahad nanti..aku datang,aku adikmu tapi sejak 33tahun yang lalu abangku yang sorang ni tetap memanggilku dengan panggilan 'akak'..samalah cam arwah Abah..walaupun aku anak kedua bongsu dan paling manja dalam keluarga..mereka berdua tetap memanggil ku dengan panggilan tu..panggilan yang menjadikan aku antara yang paling tua dalam keluarga..

by'akak'
cheers

Notebook

Aku tengah memilih yang mana satu nakku beli..rata-rata rasanya yang murah pun dah boleh dapat sekarang..cuma tengah memilih brand yang mana,supaya lepas beli nanti senang nak hantar service or apa-apalah yang berkaitan dengannya..

pening jugak bila kena buat pilihan ni yerkk..bukannya desprate sangat so have to be slow and steady..bukan senang bila dalam situasi macam ni..ada jugak bertanyakan kawan-kawan,tapi tulah keputusan tetap pada tangan diri sendiri..tak salah kannn..kalau sekadar minta pendapat orang2 yang pakar dan berpengalaman.

hmm..ntahlah,sampai sekarang belum ada keputusan lagi..shopping baju lagi senang dari shopping benda ni..tunggu jelahh.
tengok yang ni cantik, yang tu pun cantik jugakk..semuanya pun average je kalau dah budget banyak tu..aku ni nak pilih yang cantik je ke atau yang bagus nihh??
dalam kepala dah ada shorlisted..cuma kalau boleh up lagi skit budget tu kan bestt..
xperlahh..apa-apa pun, beli jelah setakat yg termampu..anyway,apa orang kata..ukur baju di badan sendiri..

Novel

Teringat aku zaman sekolah dulu..duk hostel dari umur 13 tahun mengajar aku erti kehidupan, kedewasaan, kematangan, berjauhan dengan keluarga..sebulan atau dua bulan sekali aku akan balik jenguk keluarga..

di hostel kami diajar disiplin,berusaha untuk menjadi bijak dikalangan orang-orang yang pandai, alhamdulillah masa tu,walaupun aku dikategorikan sebagai budak nakal,aku masih jugak boleh dilabelkan antara orang2 yang bijak..dalam kesibukan dengan pelajaran aku penuhkan masa dengan membaca novel.Banyak jugak novel Melayu yang aku baca..aku jadi lebih dewasa dengan novel2 tu..pernah jugak aku cuba menulis novel dengan mencubanya dalam helaian-helaian kertas A4,tapi akhirnya ada yang aku buang atau hilang ntah ke mana.

dari sudut positif,novel-novel tu banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan dan juga hubungan sesama insan..aku suka bait-bait kata,bicara hati dalam novel Melayu yang begitu indah tersusun.
dari sudut negatifnya,aku banyak terpengaruh dengan dengan elemen-elemen yang kurang baik..kalau novel yang mengaitkan keburukan kaum Adam, aku cepat2 setuju..dan semua kaum Adam akan ku labelkan dengan keburukan tu..

setelah tamat zaman persekolahan,kehidupan menjadi semakin sibuk setelah berumah tangga dan keletah anak-anak yang makin membesar serta semangat untuk menyambung pelajaranku..sehingga ke harini,aku masih lagi ada niat untuk menyambung habit lama ku..tapi ntahla belum tergerak lagi untuk aku pegi beli novel-novel tu..

Kakak

Hubby dah plan nak balik kampung weekend ni..katanya sian tengok Abah,dua hari lepas hubby singgah kampung nak tengok project dia..pastu nampak Abah tengah buat keje,pas hubby cerita aku pun bebel kat dia..janganla suruh Abah buat keje-keje camtu lagi..

atfirst, aku rasa nak biarkan hubby balik sorang sebab malas nak ganggu keje dia..tetiba semalam jugak kakak aku call,katanya baliklah..sian pulak aku dengar dia ajak aku balik..sian kakak aku,dialah yang banyak faham hatiku..kalau orang lain yang ajak dah sure aku tak balik..tapi sebabkan kakak aku yang sorang ni..aku tak sampai hati..

sejak mak takde, kakak aku yang sorang ni tempat mengadu..dan kalau boleh aku nak tolong dia..camana dia pernah jaga mak dulu..memang rezeki dia jaga mak dari dulu, 20tahun duduk dengan mak, macam-macam yang mereka lalui bersama..cam aku pulak dari kecik duk hostel..cuma on and off akan balik jenguk mak..tapi selama mak duk dengan kakak aku yang sorang ni,aku tak pernah balik tempat lain..prinsip aku,aku akan balik kat mana mak aku ada.Pernah jugak berselisih faham dulu dgn hubby dulu..tapi aku kan degil,keras hati...aku nak balik jugak kat mak aku.Tambah2 lagi masa mak dah makin tak sihat..aku memang tak pernah pergi mana-mana walau bercuti dgn family sekalipun..xleh larr nak sambung citer-citer camni..hanya Tuhan yang tahu.

Tuesday, July 1, 2008

Jumpa kawan lama

Semalam Monday, aku sorang kat office..apa nak makan for lunch, semakin lama kat sini semakin jemu and tak tahu nak makan apa,nasib aku ni jenis yang tak kisah sangat..just have light lunch pun xpe..text Marina lah, Marina kawan lama masa kat MGS, Kuantan. Secara kebetulan aku terserempak dengan Marina masa mula-mula pindah kat building ni,dia keje kat level 5..aku pulak kat level 6..rezeki ataupun kebetulan,memang betul-betul tak sangka boleh jumpa semula setelah 17 tahun terpisah..anak tiga dah dia,orangnya masih macam dulu bersaiz kecil(tak naik-naik pun badan dia aku tengok)..cuma dah tak free hair cam dulu..hehehe

Makan dengan Marina waktu lunch..banyak hal yang kami cerita..almaklumlah dah 17 tahun berlalu..macam2 hal berlaku,tentang sekolah dan kawan2 masa kat MGS..best jugak dapat jumpa sekali sekala camni,tapi tulahh rasa sekejap masa berlalu nak kena masuk office semula..xpelah mungkin lain kali boleh cerita lagi,mgkn cerita panjang pulak kali ni..

Thanks,Marina sebab tolong I..harap-harap memang rezeki I kalini jumpa you..

Afiq's birthday

Sabtu pergi shopping baju raya dengan kawan kat Jakel..ramainya orang, tapi kami pergi level yang tak ramai orang (mahal skit kott,perasan)redah jugak beli memandangkan lambat2 nanti xde satu tailor pun yang nak jahit baju-baju aku tu,kaler purple tahun ni...satu bab dah selesai.

Ahad pulak..memang tak ada plan apa-apa dalam kepala ni..dari petang Jumaat aku beroperasi bersihkan rumah, cuci baju, menyapu bilik-bilik, mengelap sana skit,sini skit..aku pulak dah beritahu anak-anak yang ada birthday party rumah Afiq..budak dua orang tu mulalah,Mama jomlah kita pergi lama tak jumpa Afiq..merengek-rengek nak pegi jugakk..hubby pulak dah pesan awal-awal suruh pergi beli barang2 sekolah diaorang..so,kesian kat budak2 ni..arini Mama dengar cakap diaorang..mula-mula gi beli barang2 sekolah dulu..pastu kami gerak pegi OU beli hadiah untuk Afiq.

Apa nak beli yerrkk..puas aku pikir apa nak beli..atlast, beli bajulahh..sampai kat butik tu..budak2 duaorang ni pun sama pilih baju diaorang..memang dah lama aku idamkan nak beli sweater diaorang cuma sebelum ni tak pernah bawak diaorang,so susahlah nak pilih saiz..Aiman dan Aina dah dapat baju..cuma camaner nak pilih saiz Afiq ni yerrkk..arghh belilah besar skitt,boleh pakai lama..
Sejam jugak aku drive dr OU ke Semenyih,alhamdulillah tak sesat pun..


Kek, memang fav. Aiman..sebab tu dia suka pergi birthday party..makanan sedap-sedap, macam-macam ada..roti jala, cupcakes,satay, spaghetti..masakan family As memang fav. aku dari dulu..apalagii melantaklahh..lupakan dietku di hujung minggu..


Petang tu, cuaca tak berapa baik..masa kami datang hujan turun renyai-renyai..kata As,Afiq masih demam lagi..yang cutenya masa nak blow the candle, Afiq tebersin depan cake..hehe,takpelah kami rasa sorang skitt..Aiman tak jemu-jemu nak ajak Afiq main,memang dia suka budak-budak kecik. Suka sangat Aiman dan Aina ..Aina pulak dia dah aim nak ambik beg2 kertas/doorgift dari tuan rumah..awal2 dia dah suruh Mama simpan takut tak dapat benda tu.

Hari dah petang,hujan pun turun semakin lebat..perut dah kenyang, Mama dah nak balik tapi Aiman masih nak mainlagi..atlast diaorang beralah..dalam pukul 4.30 kita bertolak balik dari Semenyih.Thanks As, for inviting us..anak-anak aku enjoy..