Sabtu pergi shopping baju raya dengan kawan kat Jakel..ramainya orang, tapi kami pergi level yang tak ramai orang (mahal skit kott,perasan)redah jugak beli memandangkan lambat2 nanti xde satu tailor pun yang nak jahit baju-baju aku tu,kaler purple tahun ni...satu bab dah selesai.
Ahad pulak..memang tak ada plan apa-apa dalam kepala ni..dari petang Jumaat aku beroperasi bersihkan rumah, cuci baju, menyapu bilik-bilik, mengelap sana skit,sini skit..aku pulak dah beritahu anak-anak yang ada birthday party rumah Afiq..budak dua orang tu mulalah,Mama jomlah kita pergi lama tak jumpa Afiq..merengek-rengek nak pegi jugakk..hubby pulak dah pesan awal-awal suruh pergi beli barang2 sekolah diaorang..so,kesian kat budak2 ni..arini Mama dengar cakap diaorang..mula-mula gi beli barang2 sekolah dulu..pastu kami gerak pegi OU beli hadiah untuk Afiq.
Apa nak beli yerrkk..puas aku pikir apa nak beli..atlast, beli bajulahh..sampai kat butik tu..budak2 duaorang ni pun sama pilih baju diaorang..memang dah lama aku idamkan nak beli sweater diaorang cuma sebelum ni tak pernah bawak diaorang,so susahlah nak pilih saiz..Aiman dan Aina dah dapat baju..cuma camaner nak pilih saiz Afiq ni yerrkk..arghh belilah besar skitt,boleh pakai lama..
Sejam jugak aku drive dr OU ke Semenyih,alhamdulillah tak sesat pun..
Kek, memang fav. Aiman..sebab tu dia suka pergi birthday party..makanan sedap-sedap, macam-macam ada..roti jala, cupcakes,satay, spaghetti..masakan family As memang fav. aku dari dulu..apalagii melantaklahh..lupakan dietku di hujung minggu..
Petang tu, cuaca tak berapa baik..masa kami datang hujan turun renyai-renyai..kata As,Afiq masih demam lagi..yang cutenya masa nak blow the candle, Afiq tebersin depan cake..hehe,takpelah kami rasa sorang skitt..Aiman tak jemu-jemu nak ajak Afiq main,memang dia suka budak-budak kecik. Suka sangat Aiman dan Aina ..Aina pulak dia dah aim nak ambik beg2 kertas/doorgift dari tuan rumah..awal2 dia dah suruh Mama simpan takut tak dapat benda tu.
Hari dah petang,hujan pun turun semakin lebat..perut dah kenyang, Mama dah nak balik tapi Aiman masih nak mainlagi..atlast diaorang beralah..dalam pukul 4.30 kita bertolak balik dari Semenyih.Thanks As, for inviting us..anak-anak aku enjoy..
No comments:
Post a Comment