Ahad lepas,aku berjumpa Abang..lama dah sebenarnya kami tak berjumpa..almaklumlah jarak yang memisahkan kami..ada ceria di wajah Abang..walaupun keadaan fizikalnya agak susut berbanding semasa aku berjumpanya beberapa bulan yang lalu..dalam hati,ada belas melihat abangku..
Abangku seorang yang bertanggungjawab, anak yang baik pada Mak dan Abah,punya keluarga yang lengkap dan sempurna, punya wang ringgit..tapi mungkin takdir,mungkin juga tersilap langkah..Abang menerima padah..namun kasihku pada Abang tak pernah luntur,tak secalit pun kesalahan ku letakkan di dadanya..bagiku Abang di aniaya orang,dulu-dulu aku tak pernah percaya pada benda-benda karut macam ni..tapi bila terkena pada Abangku sendiri, aku akur..
masa sekolah kat Kuantan dulu, kdg2 aku balik ke rumah Abang,selain dari balik kerumah Mak. Sebelum balik semula ke asrama macam biasa Abang akan hulurkan duit belanja sekolah, terima kasih Abang..Abang memang tak pernah mengecewakan adik-adik yang lain..termasuk Mak, Mak begitu senang dengan sikap Abang.Bagiku Abang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dengan baik. Mak pernah becerita Abang pernah membantu Mak menjual kuih-muih yang Mak buat. Bukan sebab kami susah tapi sebab Mak, Abah memang suka berniaga dari dulu..
Lepas rindu ni bila melihat Abang hari tu..aku akan datang lagi berjumpa Abang nanti..aku harap Abang sabar menungguku.Aku sempat berpesan, jaga kesihatan yerr..Abangku tersenyum,bercampur-baur perasaan ku masa tu..hanya Tuhan yang tahu.
Wassalam.
1 comment:
Senah .. ko tanya aku pasal notebook ek? aku kalau notebook ni aku cuba elakkan brand macam acer(bad experience), lennovo (student aku punya bad experience). aku akan cuba cari brand macam HP, Toshiba. So far aku belum beli lagi .. dan lagi satu, aku cuba cari notebook yg boleh dapat at least 2 GB RAM, sebab most notebook skrg ni datang dengan Vista, Vista ni kuat makan RAM, aku pernah guna notebook ACER baru guna VISTA, RAM 1GB , tak larat you ..
Post a Comment