N3 ini khas untuk suamiku, sahabatku, bapa kepada anak-anakku..MOHD MERZAN ABU KASSIM
8 June 2008, usia perkahwinan kami mencecah ke angka 12..memang terasa sekejap masa berlalu dengan karenah anak-anak yang semakin memebesar..anak-anak pengikat kasih kami berdua..menyingkap kembali nostalgia perkenalan kami, kami di pertemukan di waktu usia yang sangat muda..masih dibangku sekolahh syyy!!hehhe..
Suamiku, yang kukenal seorang kuat bekerja, rajin berusaha, payah untuk menyerah kalah, kental dalam setiap apa yang dilakukan..rajin juga membantu dalam kerja-kerja seharian di rumah..terima asih suamiku..sejarah latar belakang keluarga mu membuatkan dirimu membesar dengan cekal dan sesekali tidak mahu anak-anakmu merasai apa yang telah kau rasa di zaman kecilmu..sayang, terima kasih tidak terhingga kerana menjadi insan yang paling memahami ketika isterimu ini berjuang untuk mengejar cita-cita dan masa depan kita..terima kasih sayang!!
Semakin hari semakin sayang..hanya itu ungkapan yang mampu diistilahkan padamu wahai suamiku..bercanggahan kata-kata dan pendapat memang menjadi perkara biasa dalam sebuah kehidupan berumah tangga..namun cepat-cepat diatasi oleh sikap dan pendirianmu yang tidak gemar memperbesarkan perkara-perkara kecil..
Di sepanjang 12 tahun ini juga terima kasih suamiku kerana menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anak dan isterimu ini,di samping rezeki yang diberikan kepada kita...
Harapanku, doaku..agar ikatan perkahwinan yang kita bina sejak 12 tahun yang lalu akan terus berkekalan hingga ke ahkir hayat, di samping sepasang cahaya mata kita..hanya takdir menentukan bab seterusnya yang akan kita lalui bersama..
No comments:
Post a Comment