16 September 2008..harini jugakk..genap umur anak gadisku yang satu ini berusia..8tahun..terasa singkat masa berlalu,sayang..8tahun yang lalu Aina dilahirkan di Pusat Perubatan Annur, Seksyen 6, Shah Alam..jadi terpahatlah dalam sijil kelahirannya bahawa dia merupakan anak jati Selangor..dilahirkan seberat 3.5kg..bertemankan Papa yang sedia memberi sokongan untuk Mama ketika dalam kesakitan..7.30 malam.... anak kecil ini selamat dikeluarkan dari perut Mama..Mama dalam keadaan yang terlalu letih kerana berjuang untukmu...alhamdulillah semua dalam keadaan baik cuma Mama yang agak kepenatan..hari silih berganti bulan dan tahun berlalu...gadis ini membesar dalam keluarga kecil yang mempunyai ibu,ayah dan seorang abang yang nakal, Aiman.
Fizikalnya lebih kepada Papanya..genetik Papa..anak pompuan kann..kurus tinggi..mase kecik berkulit cerah..hinggakan pernah satu hari nyonya tua cakap cina dengan dia..nak tergelak aku dibuatnya..pernah jugak org bertanya dengan aku..bapak dia cina ke??...aku senyum je..taklahhh..dia ada keturunan cina..sebelah bapa..yg paling ketara bila melihat pada matanya..matanya yang sepet...
No comments:
Post a Comment