Monday, October 13, 2008

Raya 2008

Baru lerr sempat nak menaip tentang cerita raya kalini..itupun masa bos ku sedang meeting..kadang2 baru nak menaip, dia dah panggil untuk meeting..so, tergendala segala kerja mengupdate..raya kalini memang kami amalkan konsep bersederhana dalam segala aspek..raya 2008..memang terasa kelainan setelah pemergian bonda tercinta dan bila terkenang ayahanda tersayang..sedih memang jelas..but hidup mesti diteruskan untuk orang-orang yang masih memerlukanku.Kalini aku beraya di rumah kakakku..di Kemayan.



Pagi-pagi macam biasa melaram pakai baju raya...tunggu suamiku yang bersembahyang hari raya di kampung halamannya untuk sesi photography keluarga.10 minit lepas abis sembahyang..suami tercinta datang ke rumah abang ipar..berkumpul di situ untuk sesi photography, sesi bersalaman dan menziarah kubur orang-orang tersayang yang telah pergi dahulu meninggalkan kami..pilu jugakk..tapi aku tetap kuat dan tabah menghadapi segalanya..hadiah yassin untuk mereka-mereka yang tersayang.

Lepas ke kubur..ambil kesempatan beraya bersama-sama adik beradik yang lain..and lepas tu pulak macam biasa berkunjung ke rumah keluarga hubby.Kerumah bapa mertua dan arwah nenek..kat situ semua adik beradik ibu mertua berkumpul..



Gambar kenangan dirumah Tuk..Izzaty pantang offer mesti nak ikut kami balik ke rumah Tuk..

Memang anak-anak gemar bila balik ke rumah Tuk diaorang..macam-macam aktiviti bebas diaorang lakukan..Aiman pulak sampai berlubang baju Melayu dia sebb asyik main mercun dan bunga api..mengamuk aku dibuatnya..bila dah berkumpul macam ni..cakap Mama pun diaorang tak nak dengar...lepas tu mesti susah nak ajak berjalan atau balik..suka sangat suasana kampung..tengok Aiman dan cousin, Aqim..kusyuk main mercun.





Bukan budak-budak kecik je yang kemaruk main mercun..abang-abang pun sama..tengoklah Along..Abg Am dan Abg Mer..si kembar kakak aku..sama je..melayan main mercun di malam raya.

1 comment:

ueya said...

Biasa ler Senah...sapa x suka balik kampung even kita yang dah tua ni pun suka balik kampung especially kampung yang betul2 kampung...pokok2, sungai,..bestnyer!Aku rumah aku even kampung pun dah x rasa kampung sgt..anak2 buah pulak bila start main sungai kecik belakang umah semua kena hambat balik...cakap ada ular le, pacat ler...camne le bebudak ni nak berani..ha..ha...sian