Friday, June 19, 2009

Pasal kereta idaman


Toyota Caldina pernah menjadi pujaan hatiku suatu masa dahulu....

Kalini terasa macam nak cakap pasal kereta idaman..ishh,ishh,ishh satu masa dahulu aku memang tergila-gilakan kereta ni..Caldina..mcm keta idaman cik puan merbok sekarang...aku memang dah lama idamkan keta tu...sbbnya memang ranggi gilerr kalau aku drive keta tu..dan keta tu jugakk masih rare di muka bumi Malaysia niii...memang betulll..mana aku pegiii mesti ada orang overtake aku, drive keta idaman aku tuuu...memang bikin panass jee...tapi bila pikir2 balik...bagi aku keta ni tak praktikal sbb dia cuma SUV dan bukan MPV yang ternyata menjadi trend life style masa kini..susah untuk aku sebab aku suka travel dgn barang yang banyak...lalu ku kuburkan aje hasrat murni ku itu...


Toyota Wish..paling lama bertahta di hati..

Pas hasrat untuk mencapai Caldina dikuburkan aku berkenan pulak dengan yang nii..tambah-tambah lagi bila sahabat baikkku sudah angkat satu...masa tu keta ni pum masih rare lagii...tahun berlalu..keta ni jugakk semakin banyak kat atas jalan raya..harganya bagi version recon pun dah merudum...ramai dah mampu pakai keta...aku pun dah jemu bila tengok keta niii..keta ni memang lama jugak bertahta di hatiku...tapi aku rasa kalau aku mampu beli dengan pinjaman bank pun kali ni aku takkan beli dia dahh..sebab hati aku dah terpaut dengan yang kat bawah ni pulakkk...hubby kata drive Wish tak comfort,masa corner also not so good..then, I leave it to the expert...memandangkan audit testing tu dia yang buat so..aku akur..bila hati aku mula berbunga-bunga dengan yang ni...


Honda Stream...ntah bila dapat kat aku...

setakat ni...buat masa ni hatiku masih pada dia...harganya pulaks yang membuatkan dia masih tak banyak berada di atas jalan raya...tapiii akan ku usahakan jugakk...aku akan bekerja keras..rajin dan pasti dapat ku beli MPV idamanku ini...

sekian wassalam.

Thursday, June 18, 2009

Aku dan bungaku..


Aku harini..Khamis kan...so, kenalah pakai batik..sebb malam tadi kakak yang jahit baju hantar baju aku (siap delivery lagi)..kain ni beli dari Lisa..tak pernah mimpi aku sekarang ada koleksi batik..maklumlah baru je masuk gomen..hehhe

Salam..harini dan semalam..aku berposing lagi sorang-sorang dalam bilik...sebenarnya pagi tadi nak gi kerja, charger tertinggal,bateri camera sudah hampir-hampir di penghujung nyawa....abang sayangku yang tolong hulurkan charger tu setelah diminta tolong hehhee...dia tanya nak buat apa..aku pun jawab, apa lagi berposinglerr sorang-sorang...dia cuma geleng kepala je tengok telatah bini dia yang tak boleh lekang dengan camera..semalam aku dah shopping untuk baju yang macthing dengan Aiman dan Papanya..bosannn denga corak bunga-kebungaan aku pilih corak harimau pulakkss..tu jelah yang ada pilihan pun..yang lain tak berkenan lak aku tengok mybe sebab aku dah selalu sgt pergi gulati's SACC tu agaknye...nak pi Jakel, aku betul-betul malas nak masuk KL..xde mood..so, kali ni simple je la...akan kujahitkan manik2 jugak nnt baju-baju ku bersama anak gadisku...simple ke tu..tungguuuu...


Aku semalam...

Memandangkan tajuk entri kalini aku dan bungaku..aku rasa aku dah punya trade mark tersendiri..kalau cik puan merbok dengan posing senget...aku pulak setiap kali bergambar dengan wajibnya bersebelahan dengan bunga dan satu-satunya pasu bungaku dlm bilik tercinta ini..hehehe..senget jugakk, tapi senget sikit je..sambung pasal selepas membeli baju untuk raya...aku lepak dengan Kak Am,yang telah kukenal sejak aku menjadi GSTT di sekolah anak-anakku sekarang...kami jugak sekepala...gila-gila..seronok berkawan dgn Kak Am..serasi..mgkn sbb nama kami pun lebih kurang kottt..Amnah dan Hasnah...Kak Am belanja aku makan kat De Palma..pas agak berjam-jam berjumpa dan sempat sambar tudung kat Zurfauzi tuu...kami berpisah untuk meneruskan kerja masing-masing, Kak am ke sekolahnya semula ada Koku katanya...aku lakk balik semula ke opis..sekian untuk kali ini..

Wassalam.

Tuesday, June 16, 2009

TAG BY DILLA


Aku hari ini....

Salam....entah kenapa lately ni mood aku begitu baik..bila sampai je office, ketukk...bukak pintu bilik, switch on lampu bilikku itu..aku terus bergambar syok sendiri mcm cik puan puan merbok selalu buat...tapi aku masih xleh lawan posing senget forever dia tu..hehhe..dah cuba snap gambar camtu tp masih tak menjadi...bukannya senang nak jd expert cam cik puan merbok...jadi sasaran dan mangsa ku ialah camera ku sendiri yang telah ku dudukkan dia kat atas para cabinetku...dan setting 10 saat...aku pun sakan posing sana-sini sorang2 dlm bilik..best jugakk yerkkk..baru tahu camana rasanyaaaa....hehhe

Janji tetap janji...tetap nak jawab tag dilla walaupun dah lapukk kan dilla...bz memanjang ..nak buat canerr..

TENTANG AKU
ANDA SEORANG YANG AMAT...
Aku sebenarnya seorang penyabar..cehhh ngaku sendiri..tapi aku juga seorang manusia biasa..aku memang penyabar...apa saja yang pernah orang lakukan terhadapku..aku tetap sabar, sabar dan sabar....tapi sikap buruk yang aku jugak kurang senang bila tahap kesabaranku sudah sampai tahap maksimum...aku akan melenting..dah aku akan musnahkan segala-galanya...aku boleh menaikkan suaraku jugak bila semua out of control..terukkan.Dengan anak-anak pun macamtu...aku beri arahan untuk sekali dua sahaja..tapi bila arahan itu tidak diendahkan...suaraku mula bertukar irama dan nada...anak-anak dah mula naik seramm..bila tengok mama dia bertukar karakter.

ANDA PALING MENYAMPAH BILA...
Orang berpura-pura berbaik denganku sedangkan sebenarnya cari jalan dan peluang nak hentam aku dari belakang...ntahla dulu, aku tak pernah rasa macam ni semasa ditempat lain..knp lahh agaknya budaya macamtu ada kat sini....hipokrit berleluasa betull..nyampah aku..

LAGU YANG PALING MENYAKITKAN TELINGA ANDA SEHINGGA BISA MENANAHKAN TELINGA ANDA BILA MENDENGARNYERR.....
Kalau lagu tu..memang xder lagu spesifik yanga ku tak suka..sebabnyer aku ni tak berapa minat muzik..hehehe evarage je..tapi anak-anakku kecik2 lagi aku dah suruh main muzik...aku tak suka apa-apa pun lagu yang ber genre dangdut..eee benci..tak suka.tak suka..terbayang kat org tua gatall..bila dgr genre tu..

FILEM YANG PALING MENGUJAKAN ANDA SEHINGGA BISA MENITISKAN AIR MATA ANDA...
Filem pun xder yang spesifik...sebabnyer filem2 kegemaran aku love comedy..hehhe..tapi air hujan akan cepat dan lebat bila tengok citer2 family, penceraian, putus cinta...atau yang melibatkan emosi wanita dan anak-anak...aaa..mulalah cover muka..kang anak-anak nampak susahlakkk...

TEMPAT YANG PALING SENTIMENTAL DALAM RUMAH ANDA...
Yelahhh...tentulah bilik ku itu...walaupun bilikku kecil..aku tetap menyukainya...anak-anak dr kecil dah tidur berasingan di bilik masing-masing...so, bilikku adalah tempat paling privacy...

Sekian wassalam...walaupun tag dah lama...selesai.

Monday, June 15, 2009

Cuti


Salam..harini aku masih bercuti...arghh, xde mood nak pi kerja pas balik holiday sakan ni..so, harini cam biasa hari mendobi sedunia..rasa terpanggil utk bercerita pasal diri sendiri pulak harini memandangkan hubby tengah tido..(kerja malam)..anak-anak suma dah pi sekolah..pas bercerita ni rasanya cam nak jawab tag yang dah lapuk dari my best fren ever..Dilla (cik puan merbok)..xpelahh lapok pun lapoklahhh asalkan berjawab betul tak cik puan merbok?



Dah 6 bulan atau lebih tepatnya satu semester berlalu aku menyandang jawatan ini..ntahla..ada suka ada duka..bagiku perjalanan karierku baru saja bermula dengan profession yang sangat mencabar ini..segalanya ku tempuhi dengan sokongan kuat dari orang2 sekeliling ku..hubby, anak-anak..dan rakan-rakan setugas..ada yang kata..tahap sukar ini cuma dlm setahu dua sahaja..mampukan aku lalui semua ini..hanya Tuhan yang tahu..insyaallah akan ku tabah hadapi semua..walau apa pun cabaran, dugaan..yang datang..banyak cerita di luar sana yang mengganggu ku akan tetap ku hadapi dengan sabar dan penuh ketenangan...sememangnya dan sebetulnya ada perbezaan dari professionku yang terdahulu...nasihat rakan-rakan yang telah lama bertapak disini ku ambil iktibar dan tanpa jemu ada juga yang masih mengekoriku dan aku tetap dijadikan sasaran tikaman dari belakang...apakah motif utama sebenarnya?..lantaklah malas nak pikir selagi boleh ku cegah akan ku hindar secara professional..yang penting aku memang layak menyandang tugasan yang mulia ini untuk berbakti pada anak bangsa..ada beberapa tahun lagi untuk aku terus berbakti dan berjasa pada yang memerlukan...ya Allah kuatkanlah semangatku untuk menghadapi hari-hari seterusnya !!insyaallah...

Saturday, June 13, 2009

Dinner FPM


Dinner FPM kalini dirancang semasa kami tengah sibuk 6 hari berkursus di Main Campus..so memang xde apa2 aktiviti yang kami sertai kecuali aktiviti makan, bertukar2 hadiah, sesi memotong kek, dan bergambar...rakan2 seangkatan ku ramai yg tak dapat menghadirkan diri..termasuk Lisa yang kurang sihat..almaklumlah, orang tengah berbadan dua..
Yang bestnya aku ni dapat 3 hadiah sukan sekaligus..acara badminton dan bowling ku itu...tak byk yg boleh di story malam tu memandangkan kami yg sedang berkursus terpaksa buat persiapan terakhir di malam itu untuk mock teaching keesokan harinya...nasibla hubby sudi jadi driver malam tu..kalau tidak agaknya aku pun tak sampai ke situ malam tu..tapi support tetap support...cuma..ntahla..not at the right place to comment!!!

Cousin's wedding

Hahaha tiada siapa yang berani mengacau aku untuk berposing di sini...

N3 kalini is very simple...cazen ni sebelah hubby..dah lama pun tak pergi wedding relative camni sebab gap between cazen yg kawin on hubby site agak jauh...smp jugak kami kat sini walaupun sebelah malamnya kami tak datang sebb my hubby balik lambat dr bekerja waktu.. sakan posing sorang2 sebb anak2ku entah ke mana menghilang bermain bersama2 sedara2 mereka..tengok2 gambar dgn hubby pun tak byk..byk dgn album tuan rumah sbb camera ku ni kehabisan bateri...sempat jugak pose dgn Datin ni..

Majlis persandingan di Bandar Kinrara 4, Puchong, Selangor DE.

Saturday, June 6, 2009

Aku dan bowling



Gaya seoarang juara..hehe..memang betul, bukan satu bohongan atau penipuan semata-mata..mungkin inilah tempatnya untuk menghilangkan segala tekanan dari office..yess..3 orang dalam satu pasukan, kami berada di lane terakhir iaitu L12.Dengan tak disangka-sangka penangan ku menjadi haritu..dengan 4 kali strike ..aku berjaya merangkul 3 gelaran sekaligus dan melenyapkan nama-nama juara bertahan selama ni..sebelum kedatangan ku ke fakulti..hehe..pasni sapa-sapa rasa nak menang panggillah aku masuk team korang..



jangan salah paham...aku rangkul gelaran kesemuanya untuk acara perseorang, manakala dalam acara berpasukan..orang lain suma tak membantu haha..jgn marah..tak menjadi je..sbnrnya suma wakil daerah dulu..nasib je tak menyebelahi aritu..

Luangkan masa dengan anak-anak..


Semua orang mencuba untuk menjadi ibu dan bapa yang terbaik..begitu jugak aku dan hubby..dalam kesibukan yang melanda dan seperti tiada noktahnya, kami berjalan jugak walaupun pada mulanya merasakan lebih baik menghabiskan hujung minggu dengan tidur atau sekadar bersantai di rumah..namun belas terhadap anak-anak mendahului kata hati..kami bersantai di Mid Valley untuk melihat pameran dinasor..walaupun tak sehebat mana..tapi dapatlah jugak serba sedikit ilmu tentang haiwan misteri tersebut dengan info-info yang disediakan di situ..

sebelum keluar dari exhibition anak-anak terserempak dengan dia ni...Abg Zoey..minta kami snapkan gambar diaorang dgn Abg Zoey..



melihat gelagat dan gaya Abg Zoey ni..kesian pun ada..pikirla sendiri kenapa..kata hatiku berkata begitu..

The Glamorous of Asian Nights


Disebabkan kami 'brand new'..so, semua diwajibkan...nak kata apa lagi..ikut jelah..malam tu khas untuk meraikan students tahun akhir FPM.Tapi biasaklahh kakak ni kan..sempat jugak pi cari baju dinner ber ala-alakan tema malam tu..support lerr commitee dan students malam tu..tempat shopping yang menjadi pujaan hatiku ..dah tentunya One Utama..segala-galanya ada di sana..hehe.cuma pandai dan pandai je mencarinya...tanpa melengahkan masa aku tarik jugak baju batik tu..nasib le masa pegi kedai tu tengah ada sale...jimatla skitt..walaupun sebenarnya membazir..



bersama orang-orang penting dalam hidupku...yang pertama semestinyalah dengan yang mula-mula tu..bukan senang nak dapat ni..eksklusif,dengan kak mas yang banyak membantu sepanjang aku memulakan profession baru ku ini..dengan Lisa, yang sama-sama mengharungi cabaran dan dugaan..dan dengan kak shima, KP yang punya hati yang sensitif serta punya azam yang kuat..thanks to all of you..

Berkursus di PD


Aku, Lisa dan 2-3 pensyarah yang lain di kehendaki berkursus E-Commerce di Costa Rica, PD. Dengan bahagianya kami pun dibenarkan membawa family bersama..time aku dan rakan-rakan ku berkursus..hubby dengan bahagianya juga membawa anak-anak bermain air..terasa senangnya bila anak-anak dah besar macam ni...malamnya kami sempat bermain bowling..nama pun berkursus sambil bercuti kannn..so, kenalah utilize..untuk memeriahkan lagi keadaan..ku panggil anak-anak sedara yg berdekatan utk datang bersama-sama...along(kebetulan belajar di Poli PD)dan kakak ku (ibu Along) turut ku angkut sekali..tu namanya mendahulukan kroni..hehe..yang sportingnya anak2 kakakku akan buat je apa kami suruh..menari poco-poco pun pandai depa 3 beradik (kembar dan adik perempuan sorang, Izzaty)..pas mereka balik dan aku panggil lagi sorang sedara ku yg semuanya dah panjang2 dariku..Isham(mat jiwang yg tak mengaku jiwang..smp sekarang tak jumpa cari awek yg perfect..boleh blah!!)Isham bekerja dgn MAS..duk kat Nilai..ntah bila nak kawin..umur dah tinggi dah..

Kesibukan melanda...

Dengan sahabat yang sama satu hari mendaftar dengan ku Lisa...ntahlah Lisa, byk yang kita lalui bersama..menangis bersama..harap pershabatan ini kekal selamanya..banyak cerita suka duka yang kita kongsi bersama...ceritamu, ceritaku jua...

Selepas revisited ke Langkawi dengan jayanya menghabiskan RM yang ada...aku dilanda kesibukan yang amat dasyat..sehingga ada jugak rakan-rakan lama yang mencariku seperti jejak kasih..hukkk,,hukk..apa nak buat..tugas hakiki harus di utamakan..banyak meeting, workshop, seminar, conference yang aku attend untuk memenuhi jadual ku disamping sesi mengajarku di waktu malam..tapi ok je sebab seminggu sekali kelas malam ..yg lain macam biasa..habiskan masa dengan anak-anak..keluar makan dan hantar mereka ke tuisyen..itulah rutin aku seharian..memang tak dapat dinafikan aku mengalami saat-saat sukar..tapi akan tabah hadapi segalanya..tetap bersemangat dan tak pernah takut dan gentar..cehh semangat waja tu pagi-pagi buta ni...

Langkawi Revisited March 2009


Salam..Entry macam dah lapuk tapi aku tetap nak tulis jugak walaupun sikit sebb taknak miss event2 yang aku lalui sepanjang perjalanan hidup ku ini..yelahh, manalah tahukan beberapa tahun akan datang..kalau pendek umur, dapatlah anak-anak aku membaca apa yg ibu mereka lakukan.alamak..sentimental la pulakk..bangun pagi-pagi ni rasa macam byk idea pulak nak menulis..

So, March 2009..setelah di approach oleh student2 part 6..aku decided to join them to Langkawi..tapi kali ni group yg pegi tak besar sangat..cuma satu bas, lecturer pengiring cuma aku dan ASO..cam honeymoon la pulak aku ngan ASO tu..segalanya telah di schedule oleh ASO ..aku cuma bawak badan dan duit hehehe...kali ni ok sgt2 sebb dah xder aktiviti cam kat gunung senyum tu lagi..kalau tak sure aku mabuk lagii..

Banyak tempat jugak aku skip buat macam naik cable car dan island hopping...sbb terasa baru sgt buat benda2 tu dgn group yg lepas...cuma satu benda je yg aku fail to skip..hehehe..shopping, biasa le tuu...kebetulan pulak masa kat sana aku ditemani oleh my niece, Lela..so, Lela lah yang teman aku tidur (cuma satu malam) dan jadi peneman setia ketika membeli belah di Pekan Kuah ketika ahli2 yg lain sibuk melakukan island hopping...

Kali ni duk chalet yg comei..so, aku decided duk sorang sebb comei sgt takut berlaga bahu la pulak..ASO pun camtu..selepas segalanya selesai..singgah ke padang besar untuk abiskan sisa-sisa duit yg ada..itupun kalau ada lagi lahh...
Dapatlah aku beli sekor Patrick bawak balik untuk anak-anakku yg setia menanti ku..rindu pulak mama kat mereka..

Friday, June 5, 2009

Rasa lama betul tak update blog ni..

Salam, rasa lama sanngat dah ku tinggalkan blog ku ini sementara kawan-kawan ku tersayang yang lain semuanya aktif belaka..almaklumlahh..bertambah teruk kesibukan ini dicampur dengan perasaan malas nya..kalau ikutkan rekod..last post was in March..so dah 3 bulan aku menyepi..mals smenulis pun yerr..so,,upload gambar aku memang rajin maknanya kat facebook jelahh yg aktif...tapi tak pe..akan ku susun jugak satu persatu peristiwa penting yang berlaku selama 3 bulan kebelakangan ini..no worries..