Salam..
Sejak bulan puasa ni dah lama betul tak ber blog..tak sempat..dengan office workload..rumah,prepare untuk berbuka puasa..walaupun tak memasak,but quite happy prepare untuk Aiman dan Aina fav.food diaorang..happy dengan budak dua orang tu..harini dah masuk hari ke-22 mereka berpuasa..thanks,anak-anakku..moga menjadi anak yang baik..Aiman dan Aina memang senang dilatih..tak menangis,tak bersungut untuk bangun sahur..tulah sebabnya Mama decide bangun sahur lewat sikit..supaya diaorang berdua taklahh letih sangat.Kami berbuka ala kadar in the other words,bersederhana..nasi..lauk-lauk tunjuk Mama,kurma dan buah-buahan.Dan kadang2 ada special request Mama akan belikan apa yg Aiman dan Aina minta.
Lepas makan kami solat berjemaah..lepas bersalaman..rehat sekejap.Lepas tu Aiman,Aina dan Papa akan ke surau untuk menunaikan solat terawikh..tugas Mama tidak berhenti disitu..Mama mengemas apa yg patut..dan kadang2 tanpa di sedari bila lending atas sofa..terus hanyut..hehehe..tapi Aina, Aiman dan Papa memang bijak..diaorang tak akan bawa kunci rumah..dah tentu bila diaorang balik terawikh Mama akan bangun dan tersedar sebab kena buka pintu rumah.
Selepas 22 hari berpuasa ni..aku dah hilang beberapa kilo berat badan..petua senang aje..tak ambik nasi lansung, baik berbuka mahupun ketika bersahur..tapi sampai bila boleh bertahan ..tak tahulah nak kata..mungkin smp habis puasa ni bolehla..tapi bila lepas raya nanti..aku sendiri tak yakin.Tu yang tengah mencari produk yg boleh buat aku menten ni...arghh..susahnyer nak menten, frens.Cepat btul badan ni gemuk mendadak..
Mood kerja dah menurun ni..mood raya dah mula datang ni..tapi aku dan family tetap bersederhana dalam semua aspek..
-adios-